Ahad, 29 Januari 2012

MENGISI MASA TERLUANG

          'Bagaikan layang-layang terputus talinya.' itu merupakan seungkap perumpamaan dan juga sebahagian bait lirik lagu kumpulan Alleycats yang berkumandang di corong radio satu masa dahulu. Kedua-dua ini membawa maksud atau mengambarkan bahawa keadaan hidup yang tidak mempunyai arah dan tujuan.


            Tetapi bagi sekumpulan anak muda kampung sisik lantai, ‘layang-layang terputus talinya’ sama sekali tidak mereka inginkan. Apa yang mereka mahukan layang-layang mereka terus dibelai angin berada nun jauh di atas langit sana.  Ini kerana itulah antara aktiviti mengisi masa petang mereka iaitu bermain layang-layang ataupun wau di kawasan  lapang ditepian  sungai.




                Menguja dan mengasyikkan bila melihat wau kita berada di angkasa tinggi tergelek-gelek dan terbuai-buai di terjah angin. Ditambah dengan suasana permai dan nyaman suasana petang di tepian sungai membuatkan jiwa terasa tenang dan  lapang.
                Pelbagai bentuk dan jenis wau yang dimainkan. Tetapi kebanyakan sekali jenis ‘wau bulan’ dan kesemuanya dibuat sendiri dengan penuh warna warni. Ada yang siap dilengkap dengan bunyi ataupun ‘degung’ dan bunyi degung ini sentiasa bergema dan begitu menarik perhatian.




                Aktiviti permainan wau ini sebenarnya sudah agak lama ditinggalkan dan usaha anak-anak kampung menghidupkan semula pada hari ini dilihat amat positif sekali. Sekurang-kurangnya seni permainan tradisional orang melayu tidak dilupakan dan terus diamalkan. Begitu juga kemahiran membuat  wau bulan ini masih dapat dikuasai oleh generasi muda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan