Isnin, 19 Mac 2012

Bantuan Saguhati Khas kepada Home Guard dan Special Constable (SC)


          Dalam usaha membanteras komunis, kerajaan juga telah mempebesarkan pasukan askar dan polis.  Seramai 40 000 tentera termasuk 13 batalion askar Melayu, Gurkha dan British telah ditugaskan memerangi tentera komunis.
            Selain itu, kerajaan juga bertindak menubuhkan pasukan Home Guard dan juga Special Constable diperingkat kampung untuk membantu pasukan polis dan tentera bagi  menjaga keselamatan. Ramai anak muda ketika itu atas dasar cinta tanah tumpah darah telah menyertai pasukan Home Guard ini.
            Tidak terkecuali dengan anak-anak muda Kampung Sisik Lantai ketika itu yang turut sama mengembeling tenaga dan semangat mempertahankan tanah tumpah darah dengan menyertai pasukan Home Guard dan juga Special Constable (SC). 

                                                 Kominis  yang pernah melakukan
                                            kekejaman terhadap penduduk kampung

                Penyertaan dalam pasukan Home Guard ini tidak mengharapkan apa-apa balasan tetapi ianya semata-mata demi untuk mengekang kekejaman kominis.
                Namun jasa dan pengorbanan mereka tidak terlepas pandang oleh pihak kerajaan.  Sebagai mengenangkan jasa mereka, kerajaan telah memberikan Bantuan Saguhati Khas sebanyak RM3,000.00 kepada mereka-mereka yang pernah berkhidmat sebagai Home Guard dan SC.
                Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Bantuan Saguhati Khas tersebut telah pun disampaikan dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Tuan Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan.  Seramai 19 orang bekas Home Guard dan balu menerima cek dalam kelompok yang menerima pada 18/03/2012 ini. Dua orang penduduk Kampung Sisik Lantai termasuk di dalam kelompok ini bersama 2 orang berbangsa Cina yang tinggal di pekan Kuala Ketil.


                                    Bekas Home Guard dan balu bergambar bersama
                                   Tuan Superintenden Mat Daud bin Hasan Ketua Polis
                                   Daerah Baling serta Timbalan Deputi Superintendan
                                                         Abdul Rahim bin Abdullah

                Masih ramai lagi bekas-bekas home guard dan SC  yang melibatkan penduduk kampung Sisik Lantai ini. Pemberian ini akan mereka perolehi secara berperingkat dan yang pasti semuanya tidak akan terlepas dari memperolehi bantuan Saguhati Khas tersebut.
                Home guard pada masa dahulu sama seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) Rukun Tetangga sekarang ini cuma suasana ketika itu lebih mencabar kerana terpaksa berdepan dengan pengganas kominis yang bersenjatakan senjata api.