Jika kita ke kedai-kedai
menjual sayuran dan meminta sayuran Phaeomeria Speciosa Koord pasti membuatkan peniaga tercengang-cegang sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Pasti juga peniaga-peniaga itu akan memandang ke arah kita ke
atas dan ke bawah.
Namun jika kita menyebut
Bunga kantan pastinya dengan senyum lebar peniaga itu akan dapatkannya untuk
kita. Phaeomeria Speciosa Koord sebenarnya merupakan nama saintifik bagi Bunga
kantan.
Bunga Kantan ataupun dalam bahasa inggeris disebut Ginger Bud ialah
sejenis tanaman ulam tradisional Melayu . Pokoknya yang berada dalam kategori keluarga halia ini kebiasaannya ditanam di sekitar rumah kampung dan tumbuh
membiak serta merimbun secara berkelompok-kelompok. Ia mempunyai daun yang agak
panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga
mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun
menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.
Bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang
merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa, juga ramuan untuk masakan
asam pedas, tomyam dan ramuan nasi kerabu.
Tetapi bukan sekadar itu antara Khasiat Kantan ialah untuk mengubat sakit telinga dan membasuh luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Airnya yang suam juga boleh dilumurkan sebagai basuhan luka.
Tetapi bukan sekadar itu antara Khasiat Kantan ialah untuk mengubat sakit telinga dan membasuh luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Airnya yang suam juga boleh dilumurkan sebagai basuhan luka.
Sebenarnya
tujuan saya menulis mengenai bunga kantan ini kerana saya tertarik dengan bunga
kantan yang banyak merimbum berbunga dan berbuah di perkarangan belakang rumah
Chu Lijah ketika gotong royong sempena Maulidur Rasul yang lalu. Begitu banyak sekali
dan bunga-bunga serta aromanya begitu indah dan asyik sekali menyebabkan saya terpana
seketika dalam kerimbunan pokok bunga kantan itu. Atas keterujaan itu maka saya
merakam beberapa keping gambar dan ringankan tangan untuk menulis sedikit
artikel mengenal Bunga kantan ini. Jadi sesiapa yang perlukan Buah kantan atau Bunga Kantan untuk dibuat laksa dan sebagainya, bolehlah ke rumah Chu Lijah.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan