'Bagaikan layang-layang terputus talinya.' itu merupakan seungkap perumpamaan dan juga sebahagian bait lirik lagu kumpulan Alleycats yang berkumandang di corong radio satu masa dahulu. Kedua-dua ini membawa maksud atau mengambarkan bahawa keadaan hidup yang tidak mempunyai arah dan tujuan.
Tetapi bagi sekumpulan anak muda kampung sisik lantai,
‘layang-layang terputus talinya’ sama sekali tidak mereka inginkan. Apa yang
mereka mahukan layang-layang mereka terus dibelai angin berada nun jauh di atas
langit sana. Ini kerana itulah antara
aktiviti mengisi masa petang mereka iaitu bermain layang-layang ataupun wau di
kawasan lapang ditepian sungai.
Menguja
dan mengasyikkan bila melihat wau kita berada di angkasa tinggi tergelek-gelek
dan terbuai-buai di terjah angin. Ditambah dengan suasana permai dan nyaman
suasana petang di tepian sungai membuatkan jiwa terasa tenang dan lapang.
Pelbagai
bentuk dan jenis wau yang dimainkan. Tetapi kebanyakan sekali jenis ‘wau bulan’
dan kesemuanya dibuat sendiri dengan penuh warna warni. Ada yang siap dilengkap
dengan bunyi ataupun ‘degung’ dan bunyi degung ini sentiasa bergema dan begitu
menarik perhatian.
Aktiviti
permainan wau ini sebenarnya sudah agak lama ditinggalkan dan usaha anak-anak kampung
menghidupkan semula pada hari ini dilihat amat positif sekali.
Sekurang-kurangnya seni permainan tradisional orang melayu tidak dilupakan dan
terus diamalkan. Begitu juga kemahiran membuat
wau bulan ini masih dapat dikuasai oleh generasi muda.